Bekam boleh menawarkan racun ( penawar ) atau toksik yang berada dan tersimpan di dalam tubuh kita . Melalui amalan berbekam tersebut (bekam sunnah) , darah yang mengandungi racun atau bahan yang bertoksik tersebut boleh dikeluarkan daripada tubuh badan kita - insyaallah . Apabila toksik-toksik tubuh dikeluarkan , badan kita menjadi lebih sihat , kuat dan bertenaga .Badan yang sihat , insyaallah kita mudah melakukan pelbagai jenis pekerjaan dengan ringan , selesa dan menyeronokkan .Biasanya badan sihat umur pun panjang . Berbekam boleh menguatkan tubuh kita dan menjadikan hidup kita lebih bererti . Ibadah harian kita pun menjadi lebih menyeronokkan kerana kita mempunyai tubuh badan yang sihat .
Toksik-toksik yang berbahaya perlu dikeluarkan ,kerana ia mengancam kesihatan tubuh badan . Banyak penyakit hari ini berpunca daripada toksik yang terenap di dalam pembuluh darah kita . Jadi nyawa seseorang boleh diselamatkan melalui bekam sunnah juga . Bagaimanapun , rawatan selanjutnya perlulah diterima di hospital .
Justru , Pada peringkat tidak serius (seperti keracunan makanan yang tidak memudaratkan diri), cukuplah dengan dilakukan rawatan berbekam sahaja. Jika sebaliknya , maka terus mendapatkan rawatan hospital berdekatan . BEKAM PENAWAR RACUN
Sunday, May 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment